Thursday, 29 December 2016

Puisi Sahabat

Assalamualaikum , ya waalaikumusalam... 😊


Harini saya mahu berkongsi sedikit puisi kollaburasi dengan seorang pemuisi yang sememangnya hebat dan saya banyak juga jenis-jenis puisi yang saya belajar darinya .

Tajuk : “Kisah seorang bernama sahabat

Sempat aku berdiri di tengah derasnya hujan
Berdepan dengan gemuruhnya  ombak
Aku terbaring di atas pasir pantai
Dan diselimuti sang suria


Lalu aku berbisik dengan pasir,
Mengatakan bahawa sahabatku telah pergi..
Bukan pergi meninggalkan aku dan mereka,
Tetapi telah pergi jauh dari kasih Allah


Lalu ombak bertanya;
Mengapa tidak kau katakan kepadanya??
Aku menjawab..
Pasti dia akan berkecil hati dan membisu denganku
Angin pantai memberi pelukan yang dingin padaku
Seperti dinginnya kata-katamu


Tersayu syahdu aku disitu,
Mata meninjau ke suatu perkampungan gelita,
Kau disitu tanpa pelita juga ditarik sang pendeta,
Tangan ingin menghulur namun berat kaki tersungkur,
Kudrat hati semakin resah ,
Melihat pemegang erat ku rebah,


Ombak pantai menyentak kaki ku,
Keringat berlumba laju ke desa pasir salju,
Diri bertanya pada yang Esa,
Apa ini pertanda?
Supaya dapat aku menyuruh kaki mengejarnya
Atau ini ilusi igauan diri?,
Yang saja bergurau dengan hati,


Hari demi hari
Warna hidupmu mula berubah
Menjadi semakin gelap kerana hatimu semakin; jauh dari Allah..
Batu karang si pantai bertanya
Dimana jiwanya yang dulu?
Aku menjawab...
Jiwanya yang dulu dan sekarang terkubur bersama nafsu !!

Hati tersengeh kecewa,
Mata bermasam derita ,
Fikiran meronta berkeliaran dalam kedinginan senja yang merah,

Lautan mula menyapa dan berkata
"Buanglah sifat amarah itu atau lemparkannya disini biar ia tenggelam kedasar bersama senja berdarah "

Jika tidak kau lakukan sekarang ,
Dendangan lagu rindu akan berulang ,
Resah jiwa mu akan gersang,
Anggota iman mu akan berpisah hilang,
Hati kau akan ditodak dengan ikan kehitaman,
Dan kau termasuk dalam satu pemergian,

Aku memandang mereka
Telah aku berikan mutiara kata itu
Tetapi bibirku dibungkam dengan batu!!
Dan kemudian tubuhku kaku..

Sekarang biarkan waktu yang menjawab
Kerana aku hanya
Sahabat dibelakang kemunafikan
Tetapi doa untuk semua sahabtku beri,
Dengan ikhlas.



Nukilan : Addnin feat Naj.Adha

Ha.. saya ada buat video juga ,boleh lihat di link bawah ni : -

Suara pemuisi : Nur Najwa binti Azaha



https://www.youtube.com/watch?v=BT37_alUNvg

No comments:

Post a Comment