Friday, 30 December 2016

Aku Berjalan , Mereka Setia Menemani

Assalamualaikum ,  ya waalaikumusalam ...


Harini saya nk post gambar je eh?
Haa ..? Gambar apa? gambar yang saya lalui sekali kenangannya . (fuh)

Segalanya berkait dengan sahabat yang telah beri aku sumber semangat dan dorongan untuk terus berdiri jatuh dan berdiri tersungkur dan berdiri (ha duk baring tido golek2 tak termasuk eh..)
sehinggalah sekarang ini aku masih punya sahabat dan aku amat hargai kehadiran mereka.

Aku teringat kata-kata seorang ahli falsafah dengan nama panggilan Hamka , beliau pernah mengatakan bahawa sahabat itu tidak akan datang melainkan kita yang menjadi sahabat untuk mereka.Aku setuju apa yang dikatakan ,kerana aku pernah hilang sahabat atas kesalahan aku sendiri, aku lupa mereka yang lebih banyak disisi namun aku yang memutus kan hubungan dengan mereka hanya untuk pasangan yang tidak kekal.Dan pada waktu aku sudah tidak ada hubungan dengan pasangan aku , baru terasa kesal dan keseorangan. Serious aku cakap terasa waktu tu menyesal gilee...Tapi alhamdulillah Allah bagi aku jalan yang indah, selepas beberapa bulan aku berbaik dengan mereka dan lebih ramai sahabat berada disisi ku.



                                                        

 





 
 

Segalanya masih ku simpan dan ku simpan ...(Jadi kan polaroid  ..kihkih)

Thursday, 29 December 2016

Puisi Sahabat

Assalamualaikum , ya waalaikumusalam... 😊


Harini saya mahu berkongsi sedikit puisi kollaburasi dengan seorang pemuisi yang sememangnya hebat dan saya banyak juga jenis-jenis puisi yang saya belajar darinya .

Tajuk : “Kisah seorang bernama sahabat

Sempat aku berdiri di tengah derasnya hujan
Berdepan dengan gemuruhnya  ombak
Aku terbaring di atas pasir pantai
Dan diselimuti sang suria


Lalu aku berbisik dengan pasir,
Mengatakan bahawa sahabatku telah pergi..
Bukan pergi meninggalkan aku dan mereka,
Tetapi telah pergi jauh dari kasih Allah


Lalu ombak bertanya;
Mengapa tidak kau katakan kepadanya??
Aku menjawab..
Pasti dia akan berkecil hati dan membisu denganku
Angin pantai memberi pelukan yang dingin padaku
Seperti dinginnya kata-katamu


Tersayu syahdu aku disitu,
Mata meninjau ke suatu perkampungan gelita,
Kau disitu tanpa pelita juga ditarik sang pendeta,
Tangan ingin menghulur namun berat kaki tersungkur,
Kudrat hati semakin resah ,
Melihat pemegang erat ku rebah,


Ombak pantai menyentak kaki ku,
Keringat berlumba laju ke desa pasir salju,
Diri bertanya pada yang Esa,
Apa ini pertanda?
Supaya dapat aku menyuruh kaki mengejarnya
Atau ini ilusi igauan diri?,
Yang saja bergurau dengan hati,


Hari demi hari
Warna hidupmu mula berubah
Menjadi semakin gelap kerana hatimu semakin; jauh dari Allah..
Batu karang si pantai bertanya
Dimana jiwanya yang dulu?
Aku menjawab...
Jiwanya yang dulu dan sekarang terkubur bersama nafsu !!

Hati tersengeh kecewa,
Mata bermasam derita ,
Fikiran meronta berkeliaran dalam kedinginan senja yang merah,

Lautan mula menyapa dan berkata
"Buanglah sifat amarah itu atau lemparkannya disini biar ia tenggelam kedasar bersama senja berdarah "

Jika tidak kau lakukan sekarang ,
Dendangan lagu rindu akan berulang ,
Resah jiwa mu akan gersang,
Anggota iman mu akan berpisah hilang,
Hati kau akan ditodak dengan ikan kehitaman,
Dan kau termasuk dalam satu pemergian,

Aku memandang mereka
Telah aku berikan mutiara kata itu
Tetapi bibirku dibungkam dengan batu!!
Dan kemudian tubuhku kaku..

Sekarang biarkan waktu yang menjawab
Kerana aku hanya
Sahabat dibelakang kemunafikan
Tetapi doa untuk semua sahabtku beri,
Dengan ikhlas.



Nukilan : Addnin feat Naj.Adha

Ha.. saya ada buat video juga ,boleh lihat di link bawah ni : -

Suara pemuisi : Nur Najwa binti Azaha



https://www.youtube.com/watch?v=BT37_alUNvg

Budakbelakanglensa

Assalamualaikum ...
This is for the first time I create my own blog and  felt little awkward about it , it is because i'm never write any journal about my life plus share to people .

Selain itu , ( ha sudah cakap melayu jelah )

Pertama sekali , saya buat blog ini adalah kerana ingin mencuba (kihkih)...
okeyh don't get too serious.Aku buat blog ni kerana aku hendak berkongsi serba sedikit apa yang aku lalui selama ini bersama baby aku ..hihi (canon 1000D) . Ha sudah, kenapa dengan camera tu pula ? lahir sekali kuar camera ke? Eh eh, aku nak share gambar sekali , tak best lah kan cerita tiada satu atau dua gambar. Apa pun untuk peringatan aku tak pandai bercerita.Andai ada cerita insyaAllah dalam puisi aku.




Nilah gambar model camera aku , cuma gambar ni aku pinjam dari encik Google .
It does take photo , but  yeah only photo because doesn't have any video function (camera lama lah kata kan ) . Nak kata aku ketinggalan dari sudut teknologi memang betul , cuma tulah orang kata "Jangan lihat dari luarannya sahaja , tengok dalamnya juga" okeyh Specification dalam dia pun bukan High-end. But i still have my pride when shoot with this camera because everything is about knowledge , not the body or lens as well.